Ayam Tempayan Serkam

 

Hai semuaaaa....

Selamat datang ke kedai Ayam Tempayan Serkam. Terima kasih kami ucapkan atas kesudian anda melawat page rasmi kami ini.

 

Kami ingin menjemput anda semua untuk merasai sendiri panas-panas ayam tempayan kami yang "rare" ini. 

 

Pastinya kenangan menikmati hidangan ayam tempayan kami ini akan tersemat terus ke dalam hati anda!

Ini lokasi kedai kami:

17, Jalan Gereja,
Banda Hilir,
75000 Melaka
011-3514 5193

Waktu Operasi:

Kami beroperasi setiap hari KECUALI hari KHAMIS dan hari kelepasan am. Bermula dari pukul 9.30 pagi sehingga 7.00 malam, kedai kami sentiasa bersedia untuk menerima kunjungan anda sekeluarga.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai menu dan juga tempahan, boleh terus hubungi kami. Pastinya kami akan cuba memberikan yang terbaik untuk anda!

Menu Utama:

Nasi Lembayung merupakan "signature dish" atau menu utama kami. Ia adalah gabungan ayam tempayan dan beras basmathi herba.

Nama ini khusus dan unik selari dengan keistimewaannya. Set ini mengandungi Nasi Basmathi Herba, Ayam Tempayan, 3 jenis sambal, sup dan salad.

Ayam Tempayan memiliki rasa dan aroma arang bakau. Di adun dengan 13 jenis rempah dan herba terpilih. Ditambah lagi dengan sapuan rempah manis dan juga bijan.

Bagaimanakah cara untuk menikmatinya dengan betul dan lazat?
Datanglah ke kedai kami, kami akan tunjukkan caranya untuk anda anda simpan sebagai pengalaman terindah dalam hidup anda!

Menu-menu lain:

Selain dari Nasi Lembayung yang asli ayamnya dibakar dalam tempayan, kami juga ada memberikan variasi kepada ayam bakar tempayan.

Disebabkan ayam tempahan sudahpun mempunyai ramuan dan rempahnya yang tersendiri, ayam tempayan juga sangat sesuai dijadikan sebagai sub-resipi kepada aneka masakan yang lain.

Oleh itu, kami telah memberikan beberapa lagi sentuhan rasa tambahan kepada ayam tempayan kami iaitu Ayam Masak Lemak Cili Padi, Ayam Masak Lemak Kuning dan Ayam Masak Lemak Chekor. 

Sentuhan rasa masak lemak ini cukup diminati oleh pelanggan tempatan dan juga pelancong asing. Ingat, kalau datang Melak ajangan lupa singgah ke Ayam Tempayan Serkam!

Tentang Kami

Kami bermula di sebuah pekan kecil yang dinamakan sebagai Serkam, Melaka pada akhir tahun 2020. 

 

Pada awal penubuhan, kami berniaga dari khemah tepi jalan sahaja. Tiada meja atau kerusi untuk pelanggan datang makan. 

 

Waktu itu agak sukar kerana kami suami isteri berdua yang menguruskannya iaitu saya Hisam Hamid dan isteri saya Zara.


Tapi kami yakin menu ini mampu memberikan kegembiraan pada peminatnya.

 

Sehinggalah pada hari ini kami mempunyai sebuah premis yang lebih besar di Bandar Hilir, Melaka. Alhamdulillah!

 

Objektif  Kami

Sejak awal penubuhan Ayam Tempayan Serkam, kami memang mempunyai niat untuk memperkenal lagi menu ini kepada sesiapa sahaja.

Tambahan pula lokasi kedai kami di Melaka Bandaraya Bersejarah, maka peluang kami untuk mempromosikannya kepada pelancong asing semakin menjad kenyataan. 

 

Bayangkan, menu kampung tetapi mampu dinikmati oleh pelancong luar. Menarik bukan?

Tempahan Hidangan

Buat pengetahuan, kami juga menerima rempahan hidangan secara berkumpulan dari anda.

 

Jika anda memerlukan space atau ruang untuk menikmati hidangan kami secara berkumpulan,maklumkan sahaja kepada kami supaya mudah untuk kami membantu anda.


Semoga semua urusan anda dipermudah  ketika berkunjung ke tempat kami.

Pesanan / Tapau

Kami juga menerima pesanan dari badan-badan kerajaan atau mana-mana organisasi.

 

Jika anda ingin membuat pesanan yang banyak untuk majlis-majlis tertentu, klik sahaja butang di bawah untuk terus ke Whatsapp kami!

Logo Kami

Sosial Media

Lokasi (klik!)

Hakmilik Terpelihara © 2022 Port Makan