Bubur Kangkung Parit Besar

Hai semuaaaa....

Selamat datang ke kedai kami, Bubur Kangkung Parit Besar yang terletak di Batu Pahat.

 

Kami ingin menjemput anda semua untuk merasai sendiri hidangan Bubur Kangkung asli kami beserta menu lain yang juga turut di sediakan. 

Ini lokasi kedai kami:

Lorong Wira,
Jalan Parit Besar,
Batu Pahat, Malaysia.
017-815 1094

Waktu Operasi:

Kami beroperasi setiap hari KECUALI hari Khamis dan hari kelepasan am. Bermula dari pukul 5.00 petang sehingga 11 malam, kedai kami sentiasa bersedia untuk menerima kunjungan anda sekeluarga.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai menu dan juga tempahan, boleh terus hubungi kami. Pastinya kami akan cuba memberikan yang terbaik untuk anda!

Menu Utama:

Bubur Kangkung merupakan sejenis bubur yang berada dalam kategori "bubur berlauk" .  Ia merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia tidak kira apa jua jenis bangsa.

Menu ini didatangkan dalam bentuk SET yang di dalamnya ada disediakan bubur nasi, kangkung goreng belacan, ikan bilis, kacang sambal,  telur masin dan juga pocai.

Bubur Kangkung di pilih sebagai menu utama kerana kami percaya waktu perniagaan kami sangat selari dengan makanan seperti bubur.

Bagi anda yang lelah setelah penat seharian bekerja, kami sentiasa bersedia untuk menghidangkan anda set bubur di sini. 

Menu-menu lain:

Selain dari Bubur Kangkung, kami juga menyediakan pelbagai menu yang boleh membuatkan anda tersenyum ketika menikmatinya.

Di bawah ini adalah menu-menu yang anda boleh pesan di kedai kami:

Tentang Kami

Kami beroperasi di Parit Besar, Batu Pahat dan bergerak di dalam satu team yang terdiri dari ahli keluarga.

 

Semangat kekeluargaan inilah yang kami bawa sehingga ke meja hidangan anda. Jadi anda tak perlu malu atau segang untuk datang ke kedai kami.

 

Nak order bubur? Siapppppp!!!!

Objektif  Kami

Objektif kami adalah untuk menjadi sebuah kedai makan yang bertemakan bubur kangkung terbaik di Batu Pahat. 

Di masa akan datang, kami juga berinisiatif untuk ketengahkan lagi lebih banyak menu ringkas yang mudah untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

 

Kami juga menyediakan penghantaran kepada pelanggan menerusi food rider yang terpilih.

Pastikan anda klik pada lokasi di bawah untuk rujukan ke kedai kami.

Tempahan Hidangan

Buat pengetahuan, kami juga menerima rempahan hidangan secara berkumpulan dari anda.

 

Jika anda memerlukan space atau ruang untuk menikmati hidangan kami secara berkumpulan,maklumkan sahaja kepada kami supaya mudah untuk kami membantu anda.

 

Bantuan yang kami berikan Insya Allah akan membuatkan anda berasa lebih selesa.  

Pesanan / Tapau

Sebegai memenuhi kehendak juga juga permintaan semasa, kami juga telah menyediakan khidmat penghantaran Foodpanda dan juga Food Grab.

 

Kerjasama yang terjalin ini sangat bermanfaat untuk kami dan juga pelanggan yang selalu membuat pesanan secara online.

 

Kami juga menerima pesanan dari badan-badan kerajaan atau mana-mana organisasi.

 

Jika anda ingin membuat pesanan yang banyak untuk majlis-majlis tertentu, klik sahaja butang di bawah untuk terus ke Whatsapp kami!

Logo Kami

Sosial Media

Lokasi (klik!)

Hakmilik Terpelihara © 2023 Port Makan