Hai semuaaaa....
Selamat datang ke kedai kami, Dapo Mokcik Kopi Pokcik. Terima kasih atas kesudian anda melawat page rasmi kami ini.
Kami ingin menjemput anda semua untuk merasai sendiri hidangan terbaik cafe kami kami beserta menu sampingan yang pastinya menyelerakan.
Ini lokasi kedai kami:
Kami beroperasi setiap hari KECUALI hari JUMAAT dan hari kelepasan am. Bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 7 petang, kedai kami sentiasa bersedia untuk menerima kunjungan anda sekeluarga.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai menu dan juga tempahan, boleh terus hubungi kami. Pastinya kami akan cuba memberikan yang terbaik untuk anda!
Menu signature kami adalah set Nasi Lemak Daging Palembang yang didatangkan dengan hidangan berdaun pisang.
Set ini disertakan dengan bahan-bahannya yang tersendiri iaitu nasi lemak, daging masak Palembang (berempah), sambal udang, telur rebus/goreng, kacang tanah dan ikan bilis.
Nasi Lemak Daging Palembang cukup unik kerana tidak ramai yang pernah menikmatinya. Bagi yang pernah menikmatinya, pastinya mereka akan datang lagi. Anda dah rasa Nasi Lemak Daging Palembang kami? Jom!!!
Selain dari Nasi Lemak Daging Palembang, kami juga menyediakan pelbagai menu yang boleh anda pilih termasuklah western food dan juga hi-tea.
Bagi mereka yang mencari makanan ala kampung, kami juga ada set hidangan lempeng dan nasi ayam penyet. Tak dilupakan kepada penggemar coffee, brewed coffee juga ada disediakan demi memenuhi kepuasan anda di tahap maksimum.
Kami berdua adalah pemilik bersama Dapo Mokcik dan Kopi Pokcik.
Secara sinonimnya, Dapo Mokcik mewakili Puan Nur Khairiyah manakala Kopi Pokcik mewakili En Shafiq.
Sewaktu awal penubuhan Dapo Mokcik Kopi Pokcik, kami hanya beroperasi di hadapan rumah saja.
Cafe kami mula beroperasi sewaktu tempoh PKP dan ianya amat memberi makna kepada kami.
Kini atas sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bagi dari pelanggan, Dapo Mokcik dan Kopo Pokcik sudahpun beroperasi di premis yang lebih SELESA di Skudai.
Objektif Dapo Mokcik Kopi Mokcik sangat realistik untuk dilaksanakan.
Kami ingin memberikan lebih pilihan kepada para pelanggan dalam bentuk yang lebih santai dan tenang, tetapi ada elemen eksklusif.
Berbekalkan dengan menu yang pelbagai, kami yakin pelanggan akan lebih selesa dalam memenuhi citarasa masing-masing.
Dapo Mokcik dan Kopi Pokcik adalah sebuah cafe yang senang untuk dikunjungi kerana terletak di jalan utama Skudai.
Sebab itulah kami juga menyediakan penghantaran melalui food rider yang terpilih.
Buat pengetahuan, kami juga menerima rempahan hidangan secara berkumpulan dari anda.
Jika anda memerlukan space atau ruang untuk menikmati hidangan kami secara berkumpulan,maklumkan sahaja kepada kami supaya mudah untuk kami membantu anda.
Bantuan yang kami berikan Insya Allah akan membuatkan anda berasa lebih selesa termasuklah dari hal yang berkaitan dengan parkir kereta.
Semoga semua urusan anda dipermudah ketika berkunjung ke tempat kami.
Kami juga menerima pesanan dari badan-badan kerajaan atau mana-mana organisasi.
Jika anda ingin membuat pesanan yang banyak untuk majlis-majlis tertentu, klik sahaja butang di bawah untuk terus ke Whatsapp kami!
Hakmilik Terpelihara © 2023 Port Makan