Pak Ngah Cyber Kopitiam

Hai semuaaaa....

Selamat datang ke Pak Ngah Cyber Kopitiam. Terima kasih atas kesudian anda melawat page rasmi kami ini.

 

Kami ingin menjemput anda semua untuk merasai sendiri hidangan lauk pauk kami yang semestinya menyelerakan di Cyberjaya.

Ini lokasi kopitiam kami:

No. 8-1, Galleria @ Cyberjaya,
Cyberjaya, Malaysia
016-669 9391

Waktu Operasi:

Kami beroperasi setiap hari KECUALI hari SABTU dan hari kelepasan am. Bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 9.00 malam, kedai kami sentiasa bersedia untuk menerima kunjungan anda sekeluarga.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai menu dan juga tempahan, boleh terus hubungi kami. Pastinya kami akan cuba memberikan yang terbaik untuk anda!

Menu Utama:

Di Pak Ngah Cyber Kopitiam, kami ada menyediakan satu-satunya resipi yang tiada di kopitiam lain. Kami memberikan semua pelanggan satu menu ala-kampung yang pastinya menggamit perasaan dan penuh dengan kenangan.

Menu utama kami yang menjad pilihan pelanggan adalah Nasi Minyak Rampai. Dikenali dengan jolokan nama "nasi  orang kahwin", ianya disediakan setiap hari dan boleh dinikmati tanpa perlu menghadiri majlis perkahwinan orang Melayu.

Didatangkan dengan pilihan sotong bersaiz jumbo, pastinya akan memberikan KELAINAN yang sangat mengujakan!!

Menu-menu lain:

Pak Ngah Cyber Kopitiam sentiasa cuba menyediakan menu yang boleh memenuhi kehendak para pelangga di sekitar Cyberjaya.

Dari sarapan pagi sehingga makan tengah hari, kemudian bersambung ke minum petang... kami telah menyediakan pelbagai pilihan makanan yang mampu dinikmati oleh sesiapa sahaja.

Hasil gabungan makanan selera Malaysia (set nasi dan nasi putih berlauk) serta makanan barat (western), ternyata formula ini telah berjaya membuat pelanggan datang dan datang lagi.. dan lagi. 

Ada banyak lagi menu yang boleh pelanggan pilih... tak muat hendak diceritakan di sini!

Tentang Kami

Pak Ngah Cyber Kopitiam diterajui oleh kami suami isteri iaitu En Azhar dan juga Puan Juwita.

Awal penubuhan kopitiam kami ini menyaksikan beberapa sejarah telah dapat dilakar.

Antaranya ialah kopitiam ini berjaya menjadi antara yang terawal dalam mengetengahkan kopitiam Melayu Islam yang HALAL di Cyberjaya.

Hari ini, kami bersyukur kerana kopitiam ini telah menjadi antara yang diken mampu menawarkan pelbagai jenis menu tempatan dan juga western.

Objektif  Kami

Selain dari menjadi kopitiam yang 100% HALAL di Cyberjaya, kami sentiasa ingin menjadi kopitiam yang terbaik di kalangan yang ada.

Di kawasan yang penduduknya padat, objektif kami yang selari dengan kehendak residen juga dirasakan sangat sesuai memandangkan tidak banyak kopitiam Melayu Islam di sini.

Berbekalkan dengan menu yang pelbagai, kami yakin pelanggan akan lebih selesa dalam memenuhi citarasa masing-masing.

 

Kami juga menyediakan penghantaran kepada pelanggan menerusi Grab, Foodpanda dan juga Misi.

Tempahan Hidangan

 

Buat pengetahuan, kami juga menerima rempahan hidangan secara berkumpulan dari anda.

 

Jika anda memerlukan space atau ruang untuk menikmati hidangan kami secara berkumpulan,maklumkan sahaja kepada kami supaya mudah untuk kami membantu anda.

 

Bantuan yang kami berikan Insya Allah akan membuatkan anda berasa lebih selesa termasuklah dari hal yang berkaitan dengan parkir kereta.

Semoga semua urusan anda dipermudah  ketika berkunjung ke tempat kami.

Pesanan / Tapau

Kami juga menerima pesanan dari badan-badan kerajaan atau mana-mana organisasi.

 

Jika anda ingin membuat pesanan yang banyak untuk majlis-majlis tertentu, klik sahaja butang di bawah untuk terus ke Whatsapp kami!

Logo Kami

Sosial Media

Lokasi (klik!)

Hakmilik Terpelihara © 2023 Port Makan